Kategori
Soalan Lazim Wi-Fi Percuma dalam Bas Rentas Sempadan
14 artikel
- Adakah perkhidmatan Wi-Fi Percuma tersedia di setiap bas Causeway Link? Bagaimanakah saya boleh tahu bas yang saya naiki dilengkapi perkhidmatan Wi-Fi percuma?Buat masa ini, Perkhidmatan Wi-Fi Percuma hanya tersedia di bas bagi laluan rentas sempadan terpilih (CW1, CW2, CW5, CW6 dan CW7). Cara terpantas untuk mengenal pasti bas ini ialah melalui pelekat Wi-Fi Percuma.Dikemas kini 13 Mac 2020
- Adakah saya memerlukan akaun log masuk untuk mengakses WiFi percuma Causeway Link?Tidak, anda tidak memerlukan sebarang akaun untuk log masuk. Hanya ikuti panduan Bagaimanakah cara mendapatkan WiFi percuma Causeway Link? untuk mengakses WiFi percuma.Dikemas kini 10 Julai 2019
- Adakah saya perlu mempunyai sambungan internet sebelum menyambung ke WiFi percuma?Ya. Anda mungkin perlu mempunyai sambungan internet untuk memuat turun, mengakses dan menekan “Get Wifi Pass” pada LUGO sebelum menaiki bas Causeway Link. Lihat panduan WiFi percuma untuk maklumat lengkap.Dikemas kini 15 Julai 2019
- Adakah saya perlu mengetuk ‘Get WIFI Pass’ setiap hari untuk disambungkan?Ya, pas akan tamat tempoh dalam masa 24 jam, bermakna anda perlu mengetuk pas tersebut setiap hari jika anda ingin disambungkan.Dikemas kini 13 Mac 2020
- Adakah terdapat caj tersembunyi bagi penggunaan Perkhidmatan Wi-Fi Percuma?Perkhidmatan Wi-Fi Percuma adalah percuma sepenuhnya dan tiada caj tersembunyi.Dikemas kini 13 Mac 2020
- Adakah terdapat had jumlah data yang boleh saya gunakan?Tidak. Data adalah tanpa had selagi anda berada di dalam mana-mana bas Causeway Link dan memperbaharui pas WiFi percuma anda setiap hari.Dikemas kini 10 Julai 2019
- Adakah terdapat sebarang risiko keselamatan apabila menyambung ke Wi-Fi Percuma?Tidak, rangkaian Wi-Fi Percuma mempunyai tahap keselamatan yang tinggi bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan maklumat pengguna.Dikemas kini 13 Mac 2020
- Bagaimana jika saya menghadapi masalah untuk menyambung ke WiFi Causeway Link?Sila ikuti Bagaimanakah cara mendapatkan WiFi percuma Causeway Link?. Jika masih tidak berjaya, anda boleh melaporkan kepada feedback@support.causewaylink.com.my berserta tangkapan skrin. Terima kasih!Dikemas kini 11 Mei 2021
- Bilakah saya boleh disambungkan ke Wi-Fi Percuma?Anda akan disambungkan secara automatik sebaik sahaja menaiki bas. Pastikan anda mengikuti semua langkah DI SINI.Dikemas kini 13 Mac 2020
- Bolehkah saya mengakses WiFi percuma sekali lagi apabila menaiki bas Causeway Link yang lain?Ya, boleh. Walau bagaimanapun, anda perlu mengaktifkan semula pas “Get Wifi Pass” setiap 24 jam. Untuk memperbaharui pas, tekan “Get Wifi Pass” sekali lagi di Livefeed.Dikemas kini 15 Julai 2019
- Bolehkah saya menyambung ke Wi-Fi Percuma di mana-mana bas Causeway Link?Perkhidmatan Wi-Fi Percuma kini hanya tersedia pada laluan bas rentas sempadan terpilih iaitu CW1, CW2, CW5, CW6 dan CW7.Dikemas kini 13 Mac 2020
- Bolehkah saya terus menyambung ke Wi-Fi Percuma selepas turun dari bas?Tidak, sambungan Wi-Fi Percuma akan terputus sebaik sahaja anda turun dari bas.Dikemas kini 13 Mac 2020
- Mengapakah ikon WiFi dipaparkan di skrin saya tetapi internet tidak dapat dimuatkan?Gangguan perkhidmatan WiFi mungkin berlaku sepanjang perjalanan rentas sempadan, dan WiFi mungkin mengambil sedikit masa untuk menyambung semula ke perkhidmatan perayauan yang baharu.Dikemas kini 15 Julai 2019
- Mengapakah saya perlu memasang aplikasi LUGO untuk menyambung ke Wi-Fi percuma?Kata laluan WiFi di dalam bas CW ditukar setiap hari bagi memastikan perlindungan keselamatan yang lebih baik untuk pengguna. Dengan LUGO, penumpang tidak perlu memasukkan kata laluan baharu secara manual setiap hari. Mereka hanya perlu menekan satu butang. Selain itu,…Dikemas kini 13 Mac 2020
