Isytiharkan Kesihatan Anda Kepada ICA Melalui “SG Arrival Card e-Service” Sebelum Tiba Di Singapura
Isytiharkan kesihatan anda menggunakan “SG Arrival Card e-Service”.
Sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pengimportan COVID-19, semua pelancong, termasuk warga Singapura yang tiba di Singapura, kini perlu mengemukakan pengisytiharan kesihatan secara elektronik menerusi e-Perkhidmatan Kad Kedatangan SG (SGAC) dari 27 Mac, 9 pagi.
Dengan pengumuman dasar baru tanpa kemasukan atau transit melalui Singapura untuk semua pengunjung jangka pendek dari 23 Mac 2020, jam 11.59 malam, pelancong yang dapat menggunakan kemudahan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Singapura
- Penduduk Tetap
- Pemegang Pas Jangka Panjang (Pas Pelajar, Pas Tanggungan, Pas Kerja dan Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang)
Kemudahan ini akan membenarkan para pelancong mengisytiharkan tahap kesihatan anda tiga hari sebelum tiba di Singapura dan boleh melakukannya melalui SGAC e-Service.
Sila layari https://eservices.ica.gov.sg/sgarrivalcard untuk menghantar permohonan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Immigration & Checkpoints Authority Facebook atau go.gov.sg/sgacwithelectronichealthdeclaration.
Sumber daripada: Immigration & Checkpoints Authority Facebook