I want to go to
BACK

PENAMBAHBAIKAN RANGKAIAN LALUAN MYBAS JOHOR BAHRU BERKUATKUASA 1 FEBRUARI 2023

Kemaskini Laluan & Jadual Perjalanan myBAS

Berkuatkuasa pada 1 Februari 2023, sebahagian daripada perkhidmatan myBAS Johor Bahru akan dikemaskini untuk menambahbaik rangkaian laluan bagi Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti Johor Bahru.

Tiga (3) perkhidmatan bas berikut terlibat dalam pengemaskinian laluan iaitu penambahan hentian atau perubahan laluan bagi memenuhi keperluan orang awam.

Selain itu, terdapat juga perubahan pada waktu perjalanan bas. Sila rujuk jadual di bawah bagi jadual yang dikemaskini bagi laluan-laluan yang terlibat.

BAHARU (BERMULA 1 FEBRUARI 2023)
No Bas Laluan Waktu Operasi Kekerapan
T10 JB Sentral – Larkin Sentral -Terminal Bas Kota Tinggi via Jalan Tampoi JB Sentral Kota Tinggi 30 min
Bas Pertama (06:00) Bas Terakhir (22:30) Bas Pertama (04:00) Bas Terakhir (22:30)
T11 JB Sentral – Taman Setia Indah JB Sentral Taman Setia Indah 30 min
Bas Pertama (06:00) Bas Terakhir (22:30) Bas Pertama (05:00) Bas Terakhir (22:30)
T21 JB Sentral – Permas Jaya JB Sentral Permas Jaya 20 min
Bas Pertama (06:00) Bas Terakhir (22:00) Bas Pertama (05:00) Bas Terakhir (22:00)
T30 JB Sentral – Taman Putri Kulai JB Sentral Taman Putri Kulai 30 min
Bas Pertama (06:00) Bas Terakhir (22:30) Bas Pertama (04:00) Bas Terakhir (22:30)
T31 JB Sentral – Taman Pulai Indah JB Sentral Taman Pulai Indah 30 min
Bas Pertama (06:00) Bas Terakhir (22:30) Bas Pertama (05:00) Bas Terakhir (22:30)
T32 JB Sentral – Bandar Selesa Jaya JB Sentral Bandar Selesa Jaya 30 min
Bas Pertama (06:00) Bas Terakhir (22:30) Bas Pertama (05:00) Bas Terakhir (22:30)
T33 JB Sentral – Taman Tan Sri Yaacob JB Sentral Taman Tan Sri Yaacob 30 min
Bas Pertama (07:00) Bas Terakhir (22:00) Bas Pertama (06:00) Bas Terakhir (21:00)

Dikemaskini pada 19 Jan 2023
*Bas yang tidak tertera dalam jadual di atas tidak mempunyai sebarang perubahan

Penumpang diharapkan untuk ambil maklum serta memahami jika berlakunya sebarang kelewatan kerana perjalanan bas tertakluk pada keadaan lalu lintas semasa dan juga keadaan yang tidak dijangka.

Bagaimana saya boleh mendapatkan jadual atau informasi bas termasuk bas rentas sempadan?

Selain dari laman web Causeway Link, informasi myBAS Johor Bahru juga terdapat di aplikasi LUGO. LUGO adalah pembantu digital yang menolong pengguna untuk melihat anggaran masa ketibaan bas serta anggaran tambang bas sebagai panduan untuk merancang perjalanan mereka.

Aplikasi yang boleh dimuat turun pada telefon pintar Android mahupun iOS ini juga mempunyai fungsi untuk pengguna menambahnilai dan menyemak sejarah transaksi kad ManjaLink.