myBAS50
Satu pas perjalanan bas berharga RM50 yang menawarkan perjalanan tanpa had kepada Warganegara Malaysia untuk menaiki semua perkhidmatan myBAS di Johor Bahru selama 30 hari.
Terdapat dua cara untuk menggunakan Pas Transit myBAS50 anda:
- Secara dalam talian melalui aplikasi LUGO
- MyKad / MyTentera
Daftar sekarang dan nikmati perjalanan tanpa had anda.
Cara Mendaftar myBAS50?
Aplikasi LUGO
MUAT TURUN APLIKASI LUGO
Tekan butang “Pas Transit myBAS” untuk daftar dan langgan melalui aplikasi LUGO sekarang!
Sila gunakan aplikasi LUGO untuk naik bas jika anda melanggan Pas Transit myBAS50 dari aplikasi LUGO
Kaunter
PERGI KE KAUNTER MANJALINK TERPILIH
Kaunter ManjaLink yang menerima pendaftaran langganan anda terletak di:
– JB CIQ
– KSL City Mall
– TF Value-Mart Nusa Bestari
– Terminal Bas Gelang Patah
– Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
– Terminal Bas Kulai
– Terminal Taman Ungku Tun Aminah
Pembaharuan myBAS50?
Anda boleh memperbaharui langganan anda secara atas talian atau mengunjungi mana-mana kaunter Causeway Link / ManjaLink yang terpilih untuk memperbaharui myBAS50 anda:
- Terminal Bas Gelang Patah
- JB CIQ
- KSL City Mall
- Terminal Bas Kulai
- Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
- TF Value-Mart Nusa Bestari
- Terminal Taman Ungku Tun Aminah
Atau lebih mudah, anda boleh .
Langkah 1: Buka aplikasi LUGO
Langkah 2: Pilih "Manage myBAS50" (langkau langkah ini jika myBAS50 anda masih aktif)
Langkah 3: Pilih "Renew Pass"
Langkah 4: Buat pembayaran
Soalan Lazim
Anda mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah untuk layak melanggan Pas Transit MyBAS
Harga Pas Transit myBAS50 ialah RM50 untuk 30 hari.
Terdapat dua cara untuk mendaftar dan melanggan Pas Transit myBAS50 iaitu melalui kaunter Causeway Link/ManjaLink atau secara dalam talian melalui aplikasi LUGO.
Ini bergantung kepada cara anda mendaftar dan melanggan Pas Transit myBAS50 anda.
Telefon Pintar (aplikasi LUGO)
Jika anda mendaftar dan melanggan Pas Transit myBAS50 melalui aplikasi LUGO, ia mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk permohonan diluluskan. Namun selepas lulus (anda akan menerima notifikasi) dan pembayaran dibuat, anda boleh terus menggunakan Pas Transit myBAS50 pada aplikasi LUGO anda di dalam bas.
Kaunter
Jika anda mendaftar dan melanggan Pas Transit myBAS50 melalui kaunter ManjaLink, pengesahan kelulusan dan pembayaran adalah serta merta. Namun, selepas pembayaran dibuat anda perlu menunggu sehingga 24 jam sebelum anda boleh menggunakan Pas Transit myBAS50 pada MyKad/MyTentera anda di dalam bas.
Talian Perkhidmatan: +607 360 2244
Emel: feedback@causewaylink.com.my
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim melalui pautan di bawah.