Pas Transit myBAS

Pas Transit myBAS adalah program inisiatif Kementerian Pengangkutan yang membolehkan Warganegara Malaysia menikmati perjalanan tanpa had di semua perkhidmatan myBAS Johor Bahru.

Perjalanan Tanpa Had Hanya RM50 Untuk 30 hari

Perjalanan Tanpa Had Percuma untuk OKU, Warga Emas, Kanak-kanak

Cara Menggunakan Pas Transit myBAS

Aplikasi LUGO

IMBAS kod QR semasa NAIK dan sebelum TURUN bas untuk setiap perjalanan

Naik
Turun

Untuk langganan melalui aplikasi LUGO, penggunaan dan pembaharuan juga melalui aplikasi LUGO sahaja

KAD

SENTUH MyKAD / MyTentera / Kad myBASKonsesi semasa NAIK dan sebelum TURUN bas untuk setiap perjalanan

Naik
Turun

Untuk langganan melalui kaunter, penggunaan melalui MyKad / MyTentera / kad myBASKonsesi sahaja dan pembaharuan melalui laman web atau di kaunter sahaja

Cara Mendaftar Pas Transit myBAS

Aplikasi LUGO

Daftar dan langgan melalui aplikasi LUGO sekarang!

Kaunter

Kaunter ManjaLink yang menerima pendaftaran langganan anda terletak di:

– JB CIQ
– KSL City Mall
– TF Value-Mart Nusa Bestari
– Terminal Bas Gelang Patah
– Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
– Terminal Bas Kulai
– Terminal Taman Ungku Tun Aminah